NEGARA YANG TELAH MELAKSANAKAN TEKNOLOGI IR 4.0

 

Kini, hampir semua negara telah mengadaptasikan teknologi Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) sebagai hasil daripada perkembangan negara masing-masing, termasuk Malaysia. Di Malaysia, teknologi Internet of Things (IoT) mula digunakan secara meluas sejak tahun 1990-an dan terus berkembang hingga kini. Hari ini, sistem digital seperti pembayaran tempat letak kereta dan bil utiliti sering digunakan di Malaysia, memudahkan dan menjimatkan masa pengguna yang melakukan transaksi secara dalam talian dengan akses internet.

Sementara itu, Jepun telah menerapkan teknologi IR 4.0 lebih awal daripada Malaysia. Jepun, sebagai negara maju, telah maju dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan automotif, binaan, dan sistem elektrik serta elektronik. Penggunaan teknologi IR 4.0 jelas kelihatan semasa Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, dengan aplikasi teknologi terkini seperti Sistem Penjejakan Atlet 3D, pengecaman wajah, Realiti Video (VR), dan komunikasi 5G. Selain itu, teknologi kecerdasan buatan (AI) juga digunakan secara meluas dalam pengurusan acara sukan tersebut.



No comments:

Post a Comment

 Blog memainkan peranan penting dalam Industri 4.0 sebagai platform komunikasi, pendidikan, dan pemasaran. Industri 4.0 mengacu pada revolus...