DEFINISI REVOLUSI INDUSTRI 4.0

 

Revolusi Industri Keempat (IR 4.0) merupakan perpaduan teknologi yang merangkumi dunia fizikal, digital, dan biologi. Ia melibatkan inovasi seperti teknologi digital, kecerdasan buatan, automasi, dan Internet of Things (IoT), yang telah mengubah proses pengeluaran dengan lebih cekap dan berkos rendah. Dalam menghadapi cabaran IR 4.0, pengetahuan, pembangunan bakat, kreativiti, dan inovasi adalah asas yang penting. Malaysia juga sedang memperkuatkan agenda sains dan teknologi untuk menyokong pelaksanaan IR 4.0 (Revolusi Industri Keempat (IR 4.0) , 2024).

 

Anne Marie (2018), menyatakan pemangkin Revolusi Industri 4.0 bagi sektor pembuatan secara amnya adalah berteraskan kemajuan dalam bidang autonomous robots, big data, augmented reality, cloud computing, internet of things, percetakan 3D, keselamatan siber, simulasi dan integrasi sistem digital. Malaysia sebagai sebuah negara yang bergantung kepada perdagangan perlu meningkatkan rantaian nilai untuk menjadi pangkalan perkilangan berkualiti tinggi menerusi penggunaan teknologi agar negara lebih berdaya saing di peringkat serantau dan global.

 

Revolusi Industri 4.0 mendorong syarikat untuk menggunakan automasi dan pertukaran data dalam teknologi pembuatan yang mewujudkan kilang pintar di mana mesin disambungkan dengan internet dan kepada sistem yang boleh menggambarkan keseluruhan rantaian pengeluaran. Kemahiran insaniah pula perlu dimiliki dan dihayati oleh setiap pelajar sebagai satu nilai tambah dalam melahirkan pelajar kompeten dan modal insan yang cemerlang seperti yang dihasratkan oleh kerajaan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Kemahiran insaniah menggabungkan semua kemahiran generik termasuklah elemen kemahiran berfikir (Maria Salih, 2008).


        Pengkomputeran Awan (Cloud Computing)

👉Apa itu Pengkomputeran Awan...? Tekan Selanjutnya..


   Pengkomputeran awan merupakan akses atas permintaan melalui fasiliti Internet, membolehkan sumber seperti sistem aplikasi, sistem pangkalan data, penyimpanan data, alat pembangunan, pelayan, telefon bimbit, dan infrastruktur rangkaian digunakan untuk tujuan perkongsian bagi mengurangkan perbelanjaan modal (Vennam, 2020).

   Pengkomputeran awan membantu mengurangkan kos IT dengan mengurangkan kos pembelian, dan kongfigurasi serta mengurus sumber yang ada di premis, Selain, pengkomputeran menggelakan pengguna aplikasi perniagaan masa nyata berbnding menunggubeberapa minggu atau bulan untuk pemasangan mengkonfigurasi aplikasi di premis selepas pembelian.




                                              Pengkomputeran Awan



   Keselamatan Siber (Cybersecurity)


👉 Jom Teroka Teknologi baru/Keselamatan siber... Tekan selanjutnya...


      Keselamatan siber merujuk kepada teknologi, Langkah, atau amalan untuk mencegah serangan siber atau mengurangkan kesannya. Ia bertujuan melindungi system individu dan organisasi, aplikasi, peranti computer, data sensitive, dan asset kewangan daripada virus computer, serangan ransomware yang kompleks dan mahal serta ancaman lain.

      Serangan siber mempunyai kuasa untuk mengganggu, merosakkan, atau memusnahkan perniagaan, dan kos  kepada mangsa semakin meningkat. Dalam konteks ini, kesedaran dan strategi keselamatan siber yang komprehensif adalah penting untuk melawan ancaman siber dan mengurangkan kesan serangan.


                                                         
                                                                          cyber security


   Internet Benda (Internet of Things)

    👉  Apa itu Internet Benda (internet of things) ..?. Tekan Selanjutnya...


     IoT merujuk kepada rangkaian peranti fizikal yang boleh berkomunikasi dan bertindak balas melalui internet. Peranti ini boleh termasuk sensor, peralatan eloktronik,kenderaan,dan banyak lagi. 

Internet of Things (IoT) membolehkan pemindahan data antara objek dan manusia. Ia melibatkan tiga hubungan utama dalam rangkaian digital: antara manusia dan manusia, manusia dengan objek, dan objek dengan objek. Seni bina IoT terdiri daripada tiga lapisan: persepsi, rangkaian, dan aplikasi (Yang et al.,2011). IoT dibina berdasarkan perkembangan teknologi, analisis masa nyata, sensor, system tanpa wayar, automatic. Sisitem kawalan dan pembelajaran mesin.


                                   


                 




1 comment:

 Blog memainkan peranan penting dalam Industri 4.0 sebagai platform komunikasi, pendidikan, dan pemasaran. Industri 4.0 mengacu pada revolus...